Benang Hijau

Benang Hijau Collections bermula dari perniagaan berasaskan online pada Julai 2012 dengan menjual baju kurung siap dan kain pasang.

Dengan pemilihan corak yang menarik dan mengikut trend terkini, kami telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelanggan online kami.Pada April 2013 kami telah membuka butik di Bandar Baru Bangi. Kami juga telah menambah niche produk kami dengan menjual pelbagai jenis tudung yang trendy.

Sekarang kami mempunyai 6 buah butik iaitu di Bandar Baru Bangi, Shah Alam, Wangsa Melawati, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu di samping beberapa kiosk/outlet di dalam pasaraya di sekitar Johor Bahru dan Kota Bharu.

Visit Benang Hijau

www.benanghijau.com